Latest News

Tuesday, 27 March 2018

Bagi BERSATU, kubu Umno lebih 'terdedah' di Kedah



WAWANCARA

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir percaya Umno bakal menjadi sasaran di Kedah berbanding PAS yang telah berikrar akan bertanding di semua kerusi di negeri itu.

Beliau berkata ini disebabkan ramai di kalangan ahli BERSATU merupakan bekas ahli Umno yang lebih tahu bagaimana parti itu beroperasi.

"Saya tahu ia mungkin kedengaran agak aneh kerana sekarang kami kata kami lebih yakin di kerusi yang Umno bertanding. Ini kerana saya secara peribadi tahu mengenai kerusi-kerusi berkenaan dan mengenali penduduk lebih baik. Saya tahu apa yang Umno nak buat.


"Kekuatan BERSATU adalah kita dapat menarik undi tradisional Umno dari mereka, bahkan kita boleh mendapat 25 hingga 30 peratus, yang sepatutnya cukup untuk mengurangkan undi mereka dan memenangi kerusi," kata Mukhriz dalam temu bual dengan Malaysiakini.

Mengenai PAS pula, bekas menteri besar Kedah itu berkata matlamat kini adalah untuk mengurangkan undi pembangkang kepada parti Islam itu.

Sehubungan itu BERSATU menampilkan ADUN Anak Bukit Amiruddin Hamzah, yang juga pemimpin pembangkang Kedah.

Amiruddin keluar dari PAS pada November tahun lepas.

"Dengan adanya Amiruddin dalam BERSATU merupakan faktor yang besar kerana semenjak itu kita melihat fenomena baru ahli PAS menyertai BERSATU berbanding menyertai Umno sebelum ini," katanya.

Mukhriz mengakui pertandingan pelbagai penjuru di Kedah bermakna mana-mana parti yang menang akan memperoleh majoriti tipis.

"Memandangkan kita adalah parti baru, apa saja yang boleh kita lakukan adalah untuk menarik undi daripada Umno dan yang meninggalkan PAS.

"Saya berharap undi bukan Melayu akan terus berada pada paras 80 peratus, maka kita boleh memenangi kerusi-kerusi tersebut,"katanya.

BN, Pakatan Harapan (HARAPAN) dan PAS akan bertanding di semua 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen di Kedah.

Pemerhati berpendapat pertandingan tiga penjuru akan memberikan kelebihan kepada BN di Kedah.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata PAS yang terpisah daripada blok utama pembangkang, telah menyaksikan sokongan kepada parti itu menurun.

"Kami melihat ahli-ahli akar umbi PAS, walaupun mereka tidak berhijrah ke AMANAH dan masih kekal dalam PAS, mempunyai masalah untuk bersetuju dan memahami apa yang dibuat (Presiden PAS) Abdul Hadi Awang," katanya.

Langkah PAS dicurigai

Mukriz berkata langkah pimpinan PAS membuat pusingan '180 darjah' terhadap Umno, menimbulkan tanda tanya anggota parti itu mengenai niat sebenarnya.

"Apabila mereka mengatakan mereka mahu bertanding di semua kerusi tapi mereka tidak menjangka untuk menang banyak. Jadi apa tujuan bertanding selain membantu kemenangan Umno ?"

"Inilah sebabnya mengapa ahli PAS sendiri curiga dengan langkah politik mereka," ujarnya.

Sehubungan itu Mukhriz percaya tsunami Melayu sekiranya berlaku akan dicetuskan BERSATU dan bukan parti Islam itu.

"Pertamanya rakyat faham PAS tak nampak serius untuk memerintah. Mereka menyertai pilihan raya tanpa niat membentuk kerajaan. Ia cukup jelas kepada semua orang yang mereka hanya mahu bertanding," katanya.

Mukhriz juga melabelkan PAS sebagai oportunistik berhubung kenyataan bahawa mereka akan membentuk kerajaan dengan mana-mana parti.

"Ini bermakna mereka tidak berprinsip, bagaimana kamu boleh berkempen seperti itu, apa yang dah kamu kata mengenai lawan kamu? Saya fikir itu isu utama mengenai PAS.

"Kita tak berasa terancam oleh mereka, dari maklum balas yang kita terima dari ahli PAS sendiri, mereka kata kali ini mereka akan mengundi HARAPAN.

"Dengan demikian kita yakin dengan penuh percaya, bahawa kita akan dapat menarik undi yang secara tradisinya pergi kepada PAS," katanya.


Laporan Malaysia Kini 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bagi BERSATU, kubu Umno lebih 'terdedah' di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top