Latest News

Wednesday 21 March 2018

Cambridge Analytica : Pegawai Media saya ialah Mohd Fisol Jaafar- Mukhriz


KENYATAAN YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR

1. Saya tetap berpegang kepada kenyataan-kenyataan saya yang terdahulu mengenai perkara ini. Jelas sekali Azrin telah berbohong. Saya ingin tahu bagaimana Azrin akan membuktikan bahawa dia seorang pegawai saya ketika saya memegang jawatan Menteri Besar Kedah, padahal setiap wakil media di Kedah tahu bahawa Setiausaha Akhbar saya waktu itu ialah Mohd Fisol Jaafar. Sehingga sekarang Mohd Fisol masih pegawai media saya.

2. Dakwaan Azrin kononnya disebabkan khidmat nasihat dan peranan beliaulah BN menang di Kedah dan kemudiannya saya pula dilantik sebagai Menteri Besar satu delusi semata-mata.

3. Azrin harus sedar majikan beliau sendiri iaitu Cambridge Analytica yang telah mendakwa di dalam laman sesawangnya bahawa mereka telah membantu BN Kedah. Saya tidak pernah mengakui tahu tentang perkara tersebut. Kita semua harus sedar bahawa Cambridge Analytica dan SCL Group ketika ini berdepan tuduhan telah menipu dan menyebarkan berita palsu untuk manfaat parti-parti politik tertentu yang melanggani perkhidmatan mereka.

4. Amat bodoh sekali jika mereka harap rakyat Malaysia kini akan mempercayai apa yang mereka katakan.

----------------------------------
English Version

I stand by my earlier statements about the matter. Azrin is clearly lying. I would be interested to see how he is going to prove that he was my employee when I was the Kedah MB, when every media representative in Kedah knows that my media officer while I was MB was and still is Mohd Fisol Jaafar.

His claims that BN’s win in Kedah and my subsequent appointment as MB was all his doing is absolutely delusional. He should also be reminded that it was his employer CA themselves who claimed in their website that they helped BN Kedah.

I never admitted to knowing anything about that. We should all remind ourselves that Cambridge Analytica and SCL Group are currently accused of deceit and the dissemination of false news to benefit certain political parties who have employed their services. To expect Malaysians to now believe what they say is asinine.

Dato’ Seri Mukhriz Mahathir
Naib Presiden Pakatan Harapan
Timbalan Presiden PPBM

Tarikh : 21 Mac 2018


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Cambridge Analytica : Pegawai Media saya ialah Mohd Fisol Jaafar- Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top