Latest News

Friday 23 March 2018

Dr Mahathir tak nyanyuk, amalkan gaya hidup sihat, aktif


PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad yang akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-93 pada Julai ini berkata beliau tidak nyanyuk, dan berkata kesihatan fizikal dan mental beliau adalah hasil dari gaya hidup yang aktif.

"Pagi tadi, saya tanya seorang wartawan Australia, 'adakah awak dapati jawapan saya tidak relevan?'. Saya dapat menjawab semua soalan," kata bekas perdana menteri itu pada forum "Adakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?" anjuran akhbar Sinar Harian.

"Saya masih boleh meyakinkan orang ramai. Saya boleh berucap. Memanglah, saya bukannya 100% kuat. Saya perlu ke hospital untuk ambil suntikan bagi jangkitan paru-paru saya."

Dr Mahathir berkata beliau pernah mendapat batuk ketika menunaikan fardhu haji pada 1999, kemudian diserang penuemonia dan sejak itu paru-paru beliau sesekali dijangkiti kuman.


"Penuaan fizikal kadang-kadang tak kira dah berapa lama kita hidup. Ada orang yang berumur 50-an, menghidap demensia atau nyanyuk.

"Dan ada orang yang lanjut usia, tetapi masih boleh berfikir secara inovatif.

"Saya bertuah kerana pada usia saya, saya sihat dan tidak menghidap penyakit seperti kanser. Saya menjalani kehidupan yang baik dan saya aktif. Aktif ini sangat penting - bukan saja aktif secara fizikal, tetapi dari segi penggunaan minda.

"Kalau seseorang itu tidak menggunakan apa yang dia ada, ia akan lemah. Kalau kita tak gunakan minda kita, kalau kita tak membaca atau berfikir, otak kita akan lemah. Saya aktif bukan saja dari segi fizikal, tetapi dari segi membaca, berfikir, menyelesaikan masalah."

Mengenai bab makanan pula, Dr Mahathir berkata sederhana adalah kuncinya.


"Sejak dari muda, saya sedar yang kita tak boleh gemuk kerana ia akan membebankan jantung. Jantung perlu mengepam darah ke seluruh badan.

"Apa yang paling penting ialah jangan terlebih makan. Mak saya pernah beritahu saya, habiskan makan dan terus berhenti. Ini penting. Kita mesti jaga tubuh badan, dan elak lemak yang tak berguna.

"Saya masih boleh pakai seluar yang saya pakai sejak 30 ke 35 tahun lepas." – 22 Mac, 2018.

Laporan The Malaysian Insight 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dr Mahathir tak nyanyuk, amalkan gaya hidup sihat, aktif Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top