Latest News

Friday, 30 March 2018

MAKLUMAN TENTANG NOTIS ROS


MAKLUMAN TENTANG NOTIS ROS

1.Adalah dengan ini dimaklumkan status berkenaan Notis ROS:

a) Notis s.14(2) ROS adalah bertarikh 28/2/2018 memberikan tempoh 30 hari utk dipatuhi oleh PPBM;

b) tetapi Notis itu tidak disampaikan oleh ROS kpd PPBM pada tarikh itu;

b) menurut s.62 Akta Pertubuhan, sesuatu notis hanya berkuatkuasa apabila ianya disampaikan;

c) Notis itu hanya disampaikan pd 7/3. Maka tempoh 30 hari itu hanya akan tamat pada 7/4;

d) pada 20/3, SUA PPBM meminta pengesahan ROS bahawa tarikh akhir tempoh ialah 7/4;

e) melalui surat bertarikh 22/3/2018 yg hanya ROS sampaikan kpd PPBM pada 26/3/2018, ROS menyatakan bahawa tempoh 30 hari tetap mengikut tarikh Notis walaupun pada masa itu belum disampaikan;

f) perlakuan ROS menimbulkan tandatanya kerana sering menyampaikan notis dan surat secara lewat sehingga menyukarkan PPBM;

g) walaupun disusahkan dengan kelewatan di pihak ROS, pada 27/3/2018, SUA PPBM telah menyampaikan butiran maklumat yg dihendaki oleh ROS;

h) pada 29/3/2018, PPBM menyampaikan maklumat lanjutan yg dihendaki oleh ROS;

i) Maka PPBM telah melaksanakan semua arahan ROS sebelum tamat waktu yg ditetapkan.

Inilah video setiausaha kerja PPBM Capt Suhaimi melaksanakan sepenuhnya arahan ROS pd 29/3/2018.

2. Sebagai sebuah parti politik yg sah berdaftar, PPBM akan sentiasa mematuhi keperluan undang2. Oleh itu PPBM yakin ROS akan bertindak mengikut lunas undang2 yg benar dan tidak memangsakan PPBM dalam apa jua cara sehingga menggugat amalan dan prinsip demokrasi atau mencabul keluhuran undang2.

3. Biarlah Rakyat Malaysia mempunyai pilihan sebenar di PRU14 dan tidak di hakis hak tersebut dgn cara yg melanggar roh perlembagaan dan lunas undang2.

Demi Negara Bangsa Dan Agama.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MAKLUMAN TENTANG NOTIS ROS Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top