Latest News

Thursday 22 March 2018

Saya tak terlalu tua untuk jadi PM semula, kata Dr Mahathir



DR Mahathir Mohamad hari berkata beliau tidak terllau tua untuk menajdi perdana menteri semula, isu yang sering mainkan oleh bekas anak didiknya yang kini menjadi seteru politiknya, Naib Razak.

"Jangan fikir hanya kerana berumur 93 tahun, awak tak boleh jadi perdana menteri," kata Dr Mahathir, yang meletak jawatan sebagai perdana menteri 15 tahun lalu. Beliau akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-93 Julai ini.

"Ramai orang yang sudah berumur 100 tahun tetapi masih boleh berfikir dan menggunakan otak mereka," beliau berkata demikian ketika hadir di forum "Adakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?" anjuran akhbar Sinar Harian.

Difahamkan Sinar Harian menjemput Dr Mahathir hadir dan terkejut bekas perdana menteri itu memenuhi jemputan tersebut.


Dr Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan dinamakan sebagai calon perdana menteri Disember lalu, berkata beliau "rela" diberi jawatan itu kerana "keadaan yang memaksa".

"Saya letak jawatan 15 tahun dulu. Saya juga mahu bersara. Saya fikir nak naik cruise dan nikmati kehidupan sikit," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam politik semula selepas "konvoi" pemimpin Umno meminta beliau "berbuat sesuatu" dengan Perdana Menteri Najib Razak apabila timbul skandal 1MDB.

"Saya letak jawatan, dan ia tidak memberi kesan, dan sekarang saya terpaksa sama-sama cuba untuk jatuhkan dia dan saya tak boleh buat sendiri. Ia mesti dibuat melalui satu pakatan.

"Ia bukannya mudah, kerana mereka semua ini dulunya adalah musuh politik saya. Mereka panggil saya Mahafiraun dan saya panggil mereka dengan gelaran tertentu juga," kata Dr Mahathir. – 22 Mac, 2018.

Laporan The Malaysian Insight 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Saya tak terlalu tua untuk jadi PM semula, kata Dr Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top