Latest News

Saturday 17 March 2018

Syarat tak masuk akal ROS untuk PPBM


Ada dua dari syarat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) di bawah Akta Pertubuhan baru-baru ini, adalah mustahil untuk disempurnakan PPBM.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana tempoh masa penubuhan parti yang masih belum capai setahun, menyebabkan mereka sukar sediakan keperluan diminta, iaitu laporan mesyuarat bahagian dan cawangan.

“Contohnya ada sembilan tuntutan perlu dilaporkan termasuk jumlah ahli Bersatu, laporan mesyuarat agung yang telah diadakan dan penyata kira-kira yang sudah diaudit.

Jadi, antara perkara yang mungkin tidak boleh disampaikan iaitu pertama, tentang laporan mesyuarat bahagian.

“Kita dah jelaskan dahulu bahawa parti kita baru ditubuhkan, diluluskan RoS pula pada Julai 2017. Jadi, kalau nak ambil kira, sampai sekarang pun dia sampai setahun.

Mana ada pertubuhan yang kurang setahun dah ada mesyuarat agung. Jadi kalau tak ada mesyuarat agung, apalah laporan kita nak sampaikan?” Katanya.

Menurut Muhyiddin, penyediaan laporan mesyuarat cawangan juga adalah sukar kerana ia perlu mendapat kelulusan RoS terlebih dahulu.

“Demikian juga mereka minta satu lagi iaitu laporan mesyuarat cawangan. Untuk pengetahuan, cawangan kita belum tertubuh satu pun lagi, semua dalam proses. Tapi kelulusan dah nak diberikan oleh RoS, namun kita belum terima lagi kerana kita belum kemukakan.

“Jadi, dua perkara itu minta macam mana pun bukan tak boleh, tapi status parti dalam proses penubuhan. Yang inilah mungkin kita tak dapat nak sampaikan kerana tidak ada pun cawangan dah didaftarkan secara rasmi".

Admin: ROS langsung tak beri peluang pada PPBM untuk menyusun organisasi sebelum diminta pelbagai syarat. Sedangkan ROS tahu, mesyuarat agung bahagian hanya boleh dibuat bila bahagian tersebut telah capai umur setahun.

Bahagian paling lama ialah Pagoh ditubuh pada Julai 2017. ROS pun tahu, surat kelulusan dikeluarkan oleh mereka. Jadi kenapa minta lagi perkara yg tak ada? Sengaja cari sebab untuk membatalkan PPBM?

Apakah ada individu tertentu dibelakang ROS mahu membatalkan PPBM kerana takut kalah dalam PRU?
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Syarat tak masuk akal ROS untuk PPBM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top