Latest News

Thursday 5 April 2018

Satu troli dokumen diserah kepada RoS


KUALA LUMPUR - Peguam Muhamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pihaknya telah menjawab semua surat dan maklumat yang diperlukan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) demi mendaftar Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai parti politik yang sah.

Muhamed Haniff Khatri berkata, RoS mengeluarkan notis supaya Bersatu menjawab beberapa perkara berhubung pendaftaran tersebut pada 7 Mac dan memberikan tempoh 30 hari berakhir 7 April.

“Sejak dari tarikh itu, Bersatu telah membuat beberapa perutusan surat dari semasa ke semasa untuk mematuhi semua yang diperlukan.

“Pada 29 Mac lalu, Bersatu telah menjawab surat terakhir dengan satu troli dokumen kepada RoS,” katanya.

Tambah peguam itu, bertarikh 30 Mac, Ketua Pengarah RoS, telah memfailkan afidavit jawapan dalam semakan kehakiman yang dikemukakan Bersatu namun langsung tidak memaklumkan mengenai keputusan mereka sama ada berpuas hati atau sebaliknya terhadap semua jawapan yang dikemukakan oleh Bersatu.

“Ianya sesuatu yang amat menyedihkan apabila seorang pegawai jabatan kerajaan gagal maklumkan kepada mahkamah bahawa mereka akan mengeluarkan keputusan (membubarkan sementara Bersatu) tersebut,” katanya.

Muhamed Haniff Khatri berkata, sebaliknya notis tersebut hanya diserahkan pada 12.45 petang tidak sampai dua jam daripada prosiding yang dijadualkan hari ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Satu troli dokumen diserah kepada RoS Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top