Latest News

Tuesday 22 May 2018

Sah, hutang negara lebih RM1 trilion


PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengesahkan hutang negara kini sudah mencecah angka lebih RM1 trilion seperti diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui bahawa hutang negara kini sudah melebihi RM1 trilion dan ia dalam proses kajian semula, memandangkan angka-angka tertentu masih belum dapat disatukan kerana terdapat beberapa akaun dan fail tertentu tidak dapat diakses.

“Ya, saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir...hutang negara kini sememangnya melebihi RM1 trilion.

“Saya fikir ia akan dikaji semula apabila penemuan semua angka dapat disatukan. Sekarang ini masih ada beberapa akaun dan fail yang tidak dapat diakses, nanti kita akan dapat angka sebenar hutang negara,” katanya ketika sidang media di Kementerian Kewangan, hari ini.

Selain itu, Guan Eng berkata, tuduhan dan dakwaan yang dibuat terhadapnya berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran semata-mata bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

“Tuduhan dan dakwaan dibuat ke atas saya oleh kerajaan lama adalah semata-mata satu tuduhan bermotifkan politik dan tidak berasas yang sebenarnya.

“Tapi saya tak boleh tambah lebih kerana perlu benarkan proses undang-undang dijalankan, rakyat pun setuju bahawa dakwaan ini bermotif politik,” katanya.

Laporan Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sah, hutang negara lebih RM1 trilion Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top