Latest News

Tuesday 17 July 2018

Agong sokong langkah mansuh GST, stabil harga minyak



Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bertitah mengalu-alukan pendekatan kerajaan dalam menegakkan ketelusan, terutamanya dengan mendedahkan kedudukan kewangan negara yang sebenar serta mengkaji semula perbelanjaan, kos projek dan mengurus kewangan secara berhemat bagi menangani kos sara hidup.

Baginda bertitah turut menyokong langkah untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menstabilkan harga minyak dan memberikan bantuan sara hidup yang diharap dapat meringankan beban rakyat.

Baginda juga menghargai sumbangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan umur yang disalurkan kepada dana Tabung Harapan sebagai tanda prihatin terhadap negara.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Agong sokong langkah mansuh GST, stabil harga minyak Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top