Latest News

Tuesday 27 November 2018

Delegasi Kerajaan Kedah bertemu Menteri Tenaga Thailand di Bangkok


Delegasi Kedah malam tadi mengadakan pertemuan dan makan malam bersama Menteri Tenaga Thailand, Dr Siri Jiraponghan  dan para pegawai kanan kementerian.

Delegasi Kerajaan Negeri Kedah di ketuai oleh Menteri Besar YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, turut diangotai oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, YB Tan Kok Yew serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Negeri, YB Zamri Yusof.

Lawatan Kerja selama tiga hari ke Bangkok bermula hari ini bagi memperkukuhkan hubungan serta meninjau peluang pelaburan dan perdagangan dua hala.

Menteri Besar semasa pembentangan Bajet Kedah 2019 melahirkan kesungguhan kerajaan negeri meneroka dan memperkasa potensi ekonomi negeri.

Khususnya dengan menarik modal asing ke kawasan perindustrian baharu Kota Perdana di Special Border Economic Zone dan Kedah Science and Technology Park di Bukit Kayu Hitam.

Lawatan ini menyusuli lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Bangkok sebulan yang lalu, yang telah membangkitkan minat industri, pelabur dan kerajaan Thailand untuk meningkatkan usaha sama dengan Malaysia, terutamanya bersama negeri-negeri sempadan khususnya Kedah.

Kerajaan negeri berminat menerokai pelbagai bidang dengan Thailand terutamanya dalam perdagangan, jana tenaga, pelaburan industri berteknologi tinggi dan pertanian.


Sebelum itu, Delegasi Kerajaan Kedah disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Thailand, H.E. Dato' Jojie Samuel setibanya di Bangkok. 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Delegasi Kerajaan Kedah bertemu Menteri Tenaga Thailand di Bangkok Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top