Latest News

Thursday 22 November 2018

'Jangan salahkan kerajaan negeri' - YB Asmirul Anuar



YAN - Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahkan kerajaan negeri berhubung penutupan Jambatan Pulau Bunting.

Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, penutupan Jambatan Pulau Bunting berkenaan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri.

Katanya, jambatan berkenaan adalah milik pihak swasta dan ia tidak pernah diselenggara setelah siap dibina pada tahun 2008 yang lalu.

"Eloklah mereka tutup jambatan berkenaan kerana kita bimbang jika ia terus dibuka akan mengundang kejadian tidak diingini," katanya.

Asmirul berkata, penyelengaaran sesebuah struktur binaan amat diperlukan bagi memastikan tahap keselamatan.

"Jika dah tak ada penyelenggaraan baik ditutup sahaja agar pengunjung tidak terdedah kepada bahaya tertentu," katanya.

Menurut Asmirul, semenjak jalan ke Jambatan Pulau Bunting itu dibuka terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan mengutip wang daripada pengunjung.

"Mereka menggunakan nama exco pelancongan untuk mengutip duit tiket daripada pengunjung yang datang ke jambatan berkenaan.

"Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal kerana jambatan berkenaan bukan milik kerajaan negeri dan cubaan memburukkan nama kerajaan sebegini sangat tidak bermoral," katanya.

Laporan Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 'Jangan salahkan kerajaan negeri' - YB Asmirul Anuar Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top