Latest News

Thursday 16 May 2019

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1000 UTK PENJAWAT AWAM KEDAH


YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir hadir ke majlis perhimpunan pagi dan program Ihya Ramadhan SUK di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.

Dalam ucapan YAB MB mengumumkan Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan Bantuan Khas sebanyak RM1000 seorang sempena Aidilfitri tahun ini kepada 4711 penjawat awam negeri, termasuk 316 pegawai lantikan kontrak dan sementara.

Kelulusan tersebut dicapai dalam mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman semalam.

Bantuan Khas ini akan dibayar pada 30 Mei 2019 ini bagi membolehkan penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut perayaan aidilfitri pada Jun.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1000 UTK PENJAWAT AWAM KEDAH Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top