Latest News

Monday 6 May 2019

Gambar-gambar dan Pengumuman MB di Himpunan Huffaz bersama warga pondok


USAHA KERAJAAN MEMBANTU INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA DI KEDAH

✔️TABUNG ISLAH MAAHAD NEGERI KEDAH (TIMked).

Bagi membantu sekolah-sekolah pondok, tahfiz dan sekolah agama rakyat di negeri Kedah ini. Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Islah Maahad Negeri Kedah (TIMked).

Tabung ini bertujuan untuk membantu mengumpul dana bagi meningkatkan taraf infrastruktur, keperluan asas dan juga pembelajaran di institusi pendidikan agama Islam di negeri ini.

Ini kerana, kerajaan negeri mengambil iktibar dari beberapa insiden kebakaran di sekolah tahfiz hingga ada yang mengorbankan nyawa. Oleh itu, tabung ini dapat menyalurkan bantuan awal kepada sekolah-sekolah agama yang mengalami kerosakan atau memerlukan penambahbaikan supaya para pelajar dapat mendalami ilmu agama dengan selesa.

Sebagai nilai permulaan, wang sebanyak RM 100,000.00 akan masukkan ke dalam tabung ini. Dan jumlah bantuan akan ditentukan berdasarkan masalah yang dialami oleh pihak sekolah terbabit, dan ianya akan diberikan secara one-off. Kita juga sangat-sangat mengalu-alukan penglibatan sektor swasta untuk menyumbang kepada tabung ini.

✔️YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM DARUL AMAN (YPIDA)

Saya juga bercadang untuk menubuhkan sebuah Yayasan yang diberi nama Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman (YPIDA)

Matlamat utama penubuhan Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman ini adalah untuk menjaga dan memelihara hal ehwal pendidikan Islam dan kualiti masa depan institusi pondok, sekolah agama rakyat dan tahfiz.

Yayasan pendidikan Islam Darul Aman ini, akan memainkan peranan berkerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk membangun dan mengembangkan institusi pendidikan Islam di Kedah bagi memastikan imej sistem pendidikan Islam ini akan diperbaiki dan diperkasakan lagi.

✔️TAKAFUL MURABBI DARUL AMAN

Kerajaan negeri juga tidak lama lagi, akan melancarkan sebuah Skim Takaful yang diberi nama Takaful Murabbi Darul Aman untuk membantu Tuan-tuan guru sekiranya ditimpa musibah seperti kemalangan atau kecederaan dan sebagainya

41. Takaful ini akan melindungi 4 kumpulan sasaran utama:
1. Guru Kafa
2. Guru Pondok
3. Guru Tahfiz
4. Guru Takmir Masjid










































  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Gambar-gambar dan Pengumuman MB di Himpunan Huffaz bersama warga pondok Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top