Latest News

Sunday, 26 May 2019

KEAMANAN NEGARA NIKMAT YANG BESAR : TUN M


KEAMANAN NEGARA NIKMAT YANG BESAR : TUN DR MAHATHIR

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat agar mensyukuri nikmat atas keamanan negara yang dikecapi.

Menurut beliau, keamanan negara adalah nikmat besar yang tidak disedari rakyat kerana ramai menganggap ia sebagai perkara biasa.

Dr Mahathir berkata, negara kita sentiasa aman dan selamat, dan kerana itu kita harus bersyukur sepanjang masa walaupun banyak negara berperang.

Menurutnya, keamanan negara yang kita kecapi ini adalah kerana rakyat tidak suka bermusuh atau bertindak ganas, sebaliknya memilih hidup secara aman damai walaupun berlainan agama dan fahaman.

Selain itu, rakyat juga harus bersyukur kerana kerajaan tidak berhenti menyalurkan bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah supaya kehidupan mereka lebih sempurna seperti bantuan Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) di Kedah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, di Masjid An-Najah, Ayer Hitam, Kedah semalam.

Hadir sama, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria.

Seramai 231 asnaf menerima sumbangan yang disampaikan Dr Mahathir pada program berkenaan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KEAMANAN NEGARA NIKMAT YANG BESAR : TUN M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top