Latest News

Friday 10 May 2019

Pencapaian 1 tahun Kerajaan Pakatan Harapan Kedah


Sudah setahun Pakatan Harapan menjadi Kerajaan di Malaysia. Tanggal 9 Mei 2018 menjadi saksi bahawa sebuah Kerajaan baru hasil 'Harapan Rakyat' menamatkan sebuah Kerajaan Kleptokrasi Barisan Nasional yang berumur 61 Tahun.

Gelombang dirasai, sehinggakan negeri Kedah juga turut sama melakukan perubahan.

Kini setahun sudah berlalu Pakatan Harapan Kedah menjadi Kerajaan.

Apa yang sudah dilaksana? Bagaimana Pencapaian? InshaAllah kita senaraikan apa yang telah dilaksana dan dirancang oleh Kerajaan Pakatan Harapan negeri Kedah.

Menyentuh mengenai Institusi Agama Kerajaan PH Kedah

- Memperkemaskan fungsi masjid, peruntukan sejumlah RM2.5 juta kerja menaiktaraf.
- RM2 Juta untuk menaiktaraf pejabat agama dan mahkamah syariah
- Mahkamah Syariah Bergerak (myReCourt)
- Mewujudkan Tabung Islah Maahad Negeri Kedah (TIMked) untuk perkasa Institusi Pondok, Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat.
- Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman (YPIDA) untuk martabatkan pengajian dan pembangunan Institusi Pondok, Tahfiz dan Maahad.
- Skim Takaful Murabbi Darul Aman untuk melindungi Guru KAFA, Pondok, Tahfiz & Takmir di seluruh Kedah sekiranya ditimpa musibah seperti kemalanhan dan kecederaan.

Tidak dilupakan Infrastruktur Asas

- Untuk kesejahteraan rakyat, sebanyak RM66.75 juta bagi menambahbaik infrastruktur sedia ada, menyediakan keperluan infrastruktur baru.

Untuk tangani masalah banjir.
- Kerajaan negeri memperuntukan RM15 juta untuk program tebatan banjir.

Tidak dilupakan dalam aspek kesihatan
- Meringankan beban pesakit kronik dengan memperkenalkan Tabung Pesakit Kronik, RM500 ribu diperuntukan bagi permulaan.

Dalam Pembangunan Sosial,

- RM19.9 juta diperuntukan bagi Projek Kecil Kemajuan Luar Bandar, Projek Pembangunan Sosial, Projek Pembangunan Masyarakat, Projek Basmi Kemiskinan serta Projek Peningkatan Pendapatan dan Kemakmuran Rakyat.

Tidak dilupakan Pembangunan Industri Pertanian dan Penternakan
- Program Pembangunan Industri Pertanian Berjumlah RM9.8 Juta.

Awal tahun 2019, negeri Kedah berdepan dengan masalah air yang agak serius di beberapa kawasan. Oleh itu Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak, RM1.7 Bilion untuk menyelesaikan masalah air di Kedah
Lokasi projek naik taraf dan peruntukan untuk projek tersebut.

- Projek menaik taraf loji rawatan air di Jenun Baru - RM161 juta
- Projek menaik taraf loji rawatan air di Pelubang - RM455 juta telah lulus
- Projek menaik taraf loji rawatan air di Bukit Selambau - RM147 juta
- Projek menaik taraf loji rawatan air di Sungai Limau - RM108 juta
- Projek menaik taraf loji rawatan air di Lubuk Buntar Lama - RM57 juta
- Projek menaik taraf loji rawatan air di sekitar Langkawi
- Semua projek ini akan dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap mengambil masa 2 tahun.

Malah kesemua projek baik pulih sistem air negeri Kedah diberi sebagai geran. (Tiada bayaran balik)

Sebelum itu Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah mengumumkan 7 projek utama yang akan dilaksanakan untuk pembangunan negeri Kedah.

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dengan kos RM1.6 billion.

2. Infra Industrial Park Hub Industri Pembuatan dan Logistik di Sidam, Kulim dengan kos RM300 juta.

3. Wujudkan 'connectivity' dengan membina lebuhraya Koridor Utara Bandar Baharu-Sungai Petani dan dari Bandar Baharu ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan kos RM1.7 billion.

4. Bina Perpustakaan Digital di Alor Setar dengan kos RM15 juta.

5. Taman Industri Petrokimia. RM2 juta

6. RM1.13 billion tambahan bajet kepada negeri Kedah untuk projek pembangunan.

Kesemua ini menyumbang perkembangan positif terhadap ekonomi negeri Kedah.

Dalam bidang sukan bola sepak, 

Pasukan Kedah melakukan rombakan besar-besaran dengan menukar kesemua pemain luar dan jurulatih. Hasil dari perubahan tersebut, ketika artikel ini ditulis pasukan Kedah sekarang berada di tangga ketiga Liga Super Malaysia dan akan bersaing dalam suku akhir kedua menentang PKNS FC dalam merebut Piala FA. Ternyata percaturan pengurusan yang baru membuahkan hasil, walaupun masih banyak yang boleh diperbaiki lagi.

Tidak dilupakan juga pada rakyat yang kurang berkemampuan, diperkenalkan kad KIDA (Kasih Ibu Darulaman) untuk golongan ibu yang menjadi ketua isi rumah. Dengan kad ini boleh digunakan untuk membeli belah di pasaraya dan kosnya ditanggung oleh Kerajaan negeri. KIDA membantu lebih 5000 keluarga di Kedah yg berada di bawah paras miskin tegar.

Juga diperkenalkan Tabung Khas Wanita negeri Kedah, bantuan dari Kerajaan negeri kepada wanita yang memerlukan dan mempunyai syarat layak.

Berita paling gembira ialah,
Terbaru Kerajaan negeri telah berjaya menarik masuk pelaburan berimpak tinggi ke negeri Kedah. Dua syarikat dari negara China telah melabur lebih dari RM7.75 Bilion dan akan memberi 5800 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Zhejiang XSD International (M) Sdn. Bhd. dalam sektor pembuatan kertas dan Capacity Global Biotech (M) Sdn Bhd dalam sektor pembuatan makanan.

Pencapaian FDI ini hanya dalam suku tahun pertama, telah menghampiri sasaran Kerajaan negeri yang mahukan RM10 Bilion pelaburan masuk untuk tahun ini.

Bukan itu saja, hasil dari lawatan kerja ke Jepun, YAB MB Kedah bersama pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berbincang dengan pihak Nichias FGS untuk membawa Universiti dari Jepun ke Kedah, ternyata mereka sangat berminat.
Ini termasuk syarikat NT Rubber yang sudah lama bertapak di Jitra, mahu menambahkan lagi pelaburan mereka di Kedah.

Ternyata, Kerajaan Kedah berusaha gigih untuk membangunkan negeri sambil tidak melupakan kebajikan rakyat.

Walaupun baru setahun, namun PH Kedah akan cuba melakukan yang terbaik untuk rakyat dan juga negeri Kedah Darulaman.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pencapaian 1 tahun Kerajaan Pakatan Harapan Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top