Latest News

Sunday 9 June 2019

Mukhriz Yakin Marzuki Mampu Selesaikan Permasalahan BERSATU Perlis



ARAU, 9 Jun 2019: YB Senator Dato’ Hj. Marzuki Yahya mampu selesaikan masalah dalaman BERSATU Perlis, kata Timbalan Presiden BERSATU, YAB Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, Dato’ Marzuki telah mengadakan beberapa perbincangan dengan barisan kepimpinan BERSATU Perlis bagi mencari penyelesaian.

Dato’ Marzuki yang merupakan Setiausaha Agung parti itu serta Pengerusi BERSATU Pulau Pinang, dipertanggungjawab memimpin BERSATU Perlis pada Mac selepas Pengerusi Badan Pimpinan parti negeri tersebut, Hj. Amier Hassan direhatkan, termasuk jawatan di peringkat bahagian.

“Ini satu perkara biasa sebenarnya bila kita lihat ada beberapa isu berbangkit di satu-satu negeri itu, jadi yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Pimpinan Negeri itu bolehlah dari kalangan siapa-siapa pun termasuk bukan dari ketua-ketua bahagian dalam satu-satu negeri itu.

"Jadi kali ini Setiausaha Agung sendiri dan laporan yang kita terima ialah ada beberapa kali perbincangan, mesyuarat yang telah dianjurkan oleh Setiausaha Agung. Kta yakin bahawa beliau akan dapat selesaikan apa jua isu yang berbangkit,” jelasnya pada sidang media ketika menghadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Bahagian Arau.

Ketika ditanya samada BERSATU akan melantik kepimpinan yang baharu di Perlis, Dato' Seri Mukhriz tidak menolak kemungkinan ianya akan dilakukan atau menunggu pemilihan parti yang akan ditetapkan tarikhnya.

Katanya, kepimpinan BERSATU mempunyai tiga pilihan iaitu mengekalkan kepimpinan BERSATU Perlis yang sedia ada, membuat pelantikan baharu atau meninggu sehingga pemilihan parti.

— MMFC


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mukhriz Yakin Marzuki Mampu Selesaikan Permasalahan BERSATU Perlis Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top