Latest News

Wednesday 7 August 2019

Kibarkan Jalur Gemilang, Terjemahkan Sayang dan Cinta Pada Negara - Mukhriz




Alor Setar - Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir petang ini merasmikan majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62, peringkat Negeri Kedah di Aman Central Alor Setar.

Dalam ucapan beliau menyentuh mengenai Kempen Kibar Jalur Gemilang yang akan menyemarakkan lagi semangat merdeka dalam diri "Anak-anak Malaysia", terutama warga negeri Kedah.

"Jalur Gemilang, lambang kemegahan dan kebanggaan kita semua, semestinya dipandang indah, ditiup angin berkibar megah di udara. Umpama bait-bait lagu Jalur Gemilang - Merah membara semangat waja, putih bersih budi pekerti, kuning berdaulat payung negara, biru perpaduan rakyat semua". Jelasnya.

Tema ulang tahun kemerdekaan negara ke-62 ini adalah "Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih. Sambutan ulang tahun ini adalah detik terpenting dalam sejarah dan perlu sentiasa diingati oleh rakyat.

Dato' Seri Mukhriz juga turut mengingatkan tentang perjuangan datuk nenek, ibu bapa kita dan pemimpin negara bagi mencapai kemerdekaan dari penjajah.

"Usia 62 tahun sepatutnya sudah mematangkan negara ini dan warganegaranya. Semangat kecintaan kepada negara seharusnya sudah sebati di dalam hati dan jiwa kita sebagai rakyat Malaysia. Kita perlu sama-sama pertahankan keamanan yang telah kita nikmati selama ini".


Penglibatan banyak pihak di kalangan pelajar sekolah, syarikat dan orang perseorangan sentiasa meyemarakkan sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang dengan cara dan kreativiti masing-masing yang berterusan hingga 31 Ogos.

Di peringkat negeri Kedah, ianya akan berlangsung bermula 07 Ogos 2019 dan akan berlanjutan hingga ke 16 September, sempema Hari Malalysia.

Pelbagai hasil dan nikmat dari kemerdekaan yang telah dicapai, Negara telah berjaya membawa pelbagai perubahaan dan pembangunan yang meletakan negara setanding dengan negara-negara membangun yang lain.

Dalam pada itu juga, Kerajaan Negeri mengambil peluang untuk memberikan sokongan moral menerusi penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada pasukan ekspedisi mendaki Gunung Annapura di Nepal yang melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah dna Majlis Sukan Negeri Kedah bermula 24 Ogos hingga 6 September 2019.

#kedahamanmakmur #merdeka
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kibarkan Jalur Gemilang, Terjemahkan Sayang dan Cinta Pada Negara - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top