Latest News

Saturday 12 October 2019

Belanjawan 2020 tidak pinggir Petani, Nelayan dan Peladang - Mukhriz


Kerajaan Negeri menyambut baik pengumuman Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pada Belanjawan 2020 yang tidak meminggirkan insentif dan peruntukan kepada petani, nelayan dan peladang.

YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, peruntukan itu dapat meringankan beban sara hidup golongan terbabit.


Beliau juga gembira kerana insentif itu turut disalurkan kepada peneroka Felda.

Pada belanjawan ini, elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM250 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM152 juta manakala Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) diperuntukkan sebanyak RM855 juta.

“Kerajaan Negeri juga gembira dengan peruntukan RM50 juta untuk membangunkan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam. Ini termasuk penubuhan pusat peningkatan digital sehenti yang pastinya akan memangkin inisiatif 'digitalisation' yang turut menjadi fokus kerajaan negeri,”






  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Belanjawan 2020 tidak pinggir Petani, Nelayan dan Peladang - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top