Latest News

Thursday 10 October 2019

MBI KEDAH, CYPARK RESOURCES BERHAD JALIN KERJASAMA




(KHAMIS) 10.10.2019

KUALA LUMPUR - Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) hari ini menjalin kerjasama dengan Cypark Resources Berhad bagi projek pembekalan tenaga boleh diperbaharui kepada bangunan dimiliki dan berkaitan kerajaan negeri.


Projek ini terletak di bawah inisiatif Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE). Jalinan kerjasama ini membolehkan Cypark dan MBI Kedah bekerjasama bagi mengurangkan kos elektrik di bangunan milik kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri di seluruh Kedah.

Majlis diadakan sempena Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia 2019 (IGEM 2019) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

MBI Kedah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mahadi Mohamad, manakala Cypark Resources diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Daud Ahmad.

Majlis disaksikan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi serta Perubahan Iklim dan Alam Sekitar negeri Kedah, Ooi Tze Min serta Pengerusi Cypark Resources Berhad, Tan Sri Razali Ismail.

Jalinan kerjasama ini adalah yang ketiga dicapai MBI Kedah dalam tempoh dua hari berlangsungnya IGEM sejak semalam.

IGEM akan melabuhkan tirainya esok, 11 Oktober 2019.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MBI KEDAH, CYPARK RESOURCES BERHAD JALIN KERJASAMA Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top