ADUN Jeneri juga mencadangkan Kerajaan Negeri menarik pelabur multi nasional ke kawasan luar bandar.
Selain itu ADUN Jeneri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah yang memberikan Bantuan Makanan Asas kepada penoreh getah di Kedah serta kepada Kerajaan Pusat yang memberi bantuan secara one off.
ADUN Jeneri turut memohon agar kemudahan-kemudahan asas dibina lebih banyak di kawasan luar bandar terutama kemudahan talian telekomunikasi kerana ianya boleh menyebabkan para pelabur tidak berminat untuk melabur di kawasan luar bandar.