Pergulungan Adun Kuala Nerang.
Kerajaan Negeri mensasarkan 6 ribu unit rumah mampu milik dibina setiap tahun. Hinggalah hasrat atau matlamat kerajaan negeri iaitu sebanyak 40 ribu buah rumah dibina di negeri Kedah.
Kerajaan Kedah telah dipersetujui untuk melaksanakan projek perumahan awam 1 Malaysia (PPA1M) yang pertama di negeri ini. Ini hasil perbincangan YAB MB Kedah dengan kerajaan pusat.
Malahan kerajaan pusat sudah pun meluluskan perumahan tersebut, hasilnya PPA1M akan dibina Bukit Pinang.
YB Badrol juga menyentuh perkara berkaitan dengan flat Seri Gemilang. Kerja memperbaiki dan lanskap. Bila ianya siap, ianya bakal berwajah berwajah baru.
Bercakap tentang dasar perumahan negeri. Kerajaan negeri lebih memberi penekanan terhadap rumah mampu milik. Ini kerana kerajaan banyak membina rumah seperti ini untuk keperluan asas rakyat.
Kerajaan Kedah juga menukarkan nama rumah. Supaya ianya kedengaran lebih mesra rakyat dan sedap didengar.
kos rendah - rumah kasih rakyat
kos sederhana - rumah aman kedah
Apakah ada kesan gst terhadap harga rumah?
Jawab Adun Kuala Nerang..
Kenaikannya dijangkaannya hanya 2-3% saja pada harga rumah. Kalau naik lebih dari itu..tentu ia datang daripada pemaju sendiri.