Sebut saja Seri Mentaloon, semua orang tahu cerita disebalik rumah agam lama yang dibina sejak tahun 1900 lagi. Sebelum rumah tersebut dihuni oleh Menteri Besar Pertama, ianya diduduki oleh Residen Inggeris, hinggalah mereka diarahkan meninggalkan rumah tersebut dan ianya diwarisi oleh Haji Mohamad Sheriff Osman, MB Kedah yang pertama dan disambung-sambung hinggalah ke Menteri Besar kedah yang terkini, Dato Seri Hj Mukhriz.
Rumah rasmi MB Kedah ini mempunyai pelbagai cerita mistik. MB terakhir yang menghuni rumah tersebut ialah Datuk Seri Syed Razak. Masa zaman Datuk Seri Osman Arrof pun, beliau dah tak tinggal di rumah tersebut. Syed Razak hanya sempat tinggal di rumah tersebut, hanya seminggu. Kemudian beliau jatuh sakit.
Orang tempatan mempunyai pelbagai cerita pelik, tak perlulah admin ceritakan.
Selepas Syed Razak, rumah rasmi MB, terus dirundung sepi, hampir 20 tahun tiada berpenghuni. Kemudian datang Dato Seri Mukhriz. Beliau mengubah suai rumah tersebut, menjadi seperti rumah 'orang' semula. Kemudian memperbaiki kembali sinar rumah agam yang patut disanjungi sebagai lambang kemegahan orang Kedah, bukan lambang sebaliknya.
Sebelum beliau membuat keputusan untuk menetap dirumah tersebut. Ada pihak dari sebelah pembangkang yang mencabar beliau tinggal dirumah terbabit selama sebulan. Katanya tak pernah ada lagi orang tinggal dirumah tersebut lebih dari sebulan.
NAHH!!
Kini dah 3 bulan Dato Seri Mukhriz tinggal dirumah rasmi tersebut. Beliau hanya tinggal bersama Tok Puan Norzieta. Tu pun kadang-kadang bila Tok Puan ke KL untuk aktiviti NGO, beliau tinggal seorang diri. Tak pulak tengok beliau lari keluar dari rumah kerana takut.
Tu pun dulu ada yang kata MB kita ni lembik. Kalau la dia lembik, takkan dia berani duduk rumah tu? Kita yang keras sangat dulu ni, ada berani ke nak pi tidoq dalam rumah rasmi MB tu?
Dont judge a book by its cover kata orang-orang tua dulu.
MB kita hebat orangnya..
0 comments:
Post a Comment