Latest News

Wednesday 12 November 2014

Berita Baik Untuk Usahawan Negeri #Kedah - @MukhrizMahathir


Satu berita gembira kepada yang telah lama menjadi usahawan, baru menjadi usahawan atau yang bakal menjadi usahawan di Negeri Kedah.

Kini Kerajaan Negeri Kedah telah mewujudkan satu pusat sehenti kepada usahawan negeri Kedah yang bertujuan untuk menjadi pusat pembangunan, penyelaras dan rujukan utama usahawan-usahawan negeri Kedah.

Pusat sehenti yang beroperasi di tingkat tiga bangunan UTC Alor Setar dibawah Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) turut menyediakan maklumat mengenai peranan dan inisiatif-inisiatif perniagaan yang ditawarkan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam sektor keusahawanan.

Melalui UPUK juga, maklumat berkaitan program-program usahawan merangkumi skim-skim pinjaman perniagaan yang disediakan oleh pihak swasta termasuk bank-bank komersial boleh diperolehi.

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang UPUK, ikuti video sidang media YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkenaan UPUK.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Berita Baik Untuk Usahawan Negeri #Kedah - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top