Latest News

Saturday, 22 November 2014

#Kedah Berjaya Turun Kadar Kemiskinan - @MukhrizMahathir


SUNGAI PETANI - Usaha kerajaan negeri Kedah memberi fokus untuk memperkasakan ekonomi rakyat, mula menunjukkan hasil dengan kadar kemiskinan penduduk Kedah berjaya diturunkan tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sebanyak 36.79 peratus kumpulan yang sebelumnya tersenarai sebagai termiskintelah berjaya dikeluarkan daripada belenggu tersebut," katanya ketika merasmikan Karnival Darulaman Realty dan melancarkan projek pembangunan hartanah Darul Aman Perdana di sini, hari ini.

Katanya, fokus kerajaan negeri selanjutnya ialah mencipta dan menyediakan lebih banyak inisiatif yang pelbagai bagi menarik pelaburan luar masuk ke negeri ini.

"Ia sekali gus menyumbang kepada kewujudan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat," katanya.

Projek Darulaman Perdana merupakan projek pembangunan hartanah ketiga dilaksanakan Darulaman Realty Sdn Bhd (DRSB), unit pembangunan hartanah syarikatBina Darulaman Bhd (BDB), selepas Bandar Darulaman di Jitra dan Darulaman Utama Kuala Ketil di Baling.

Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #Kedah Berjaya Turun Kadar Kemiskinan - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top