ADUN Pantai Merdeka turut menegur kesilapan Kerajaan Negeri Kedah yg terdahulu yg dilihat tergesa gesa membina Kampus Tetap KUIN hingga menyebabkan Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini.menangggung beban hutang yg tinggi.
ADUN Pantai Merdeka turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kedah mencari inisiatif untuk membantu anak-anak Kedah yg mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR ditempatkan di dalam sekolah2 berasrama penuh.
ADUN Pantai Merdeka turut mencadangkan agar peruntukan bantuan bencana alam seperti puting beliung baru2 ini diberikan kepada Pejabat Daerah. Cadangan ini turut disokong oleh ADUN Kota Seputeh.
ADUN Pantai Merdeka turut memohon agar jalan pintas di antara Batu Lintang ke Pantai Merdeka dipercepatkan kerana ianya menjadi laluan utama rakyat sekitar untuk ke Hospital Sungai Petani.
#SidangDunKedah #BajetKedah2015 #Kedah #KedahSerataRata