Latest News

Wednesday, 26 November 2014

#Pau2014 : Puteri Umno Kedah Turut Gesa Kerajaan Perkasa Akta Hasutan @MukhrizMahathir


Pergerakan Puteri Umno Kedah turut menggesa kerajaan memperkasa Akta Hasutan 1948 bagi mengawal kegiatan 'Keyboard Warrior' yang menyebarkan khabar angin menerusi media baharu bertujuan mengganggu-gugat keamanan negara.

Ketua Puteri Bahagian Kubang Pasu Rosliza Hasan berkata kerajaan harus meminda beberapa perkara dalam akta berkenaan supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya menggunakan media itu untuk mencetuskan kegusaran rakyat.

"Keharmonian dan perpaduan dalam negara perlu dijaga. Soal agama dan perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) amat sensitif. Kunci pembangunan dan kemajuan sesebuah negara adalah perpaduan dan keharmonian.

"Jika negara bercelaru dan huru-hara, impaknya adalah kepada ekonomi. Tidak mungkin kita dapat menarik pelabur dan pelancong asing ke negara ini jika negara dalam keadaan sedemikian," katanya ketika membahas usul politik di Perhimpunan Agung Puteri Umno di sini pada Rabu.

Wakil Kedah itu turut menggesa Umno mewujudkan kader daripada golongan profesional muda untuk menyampaikan idealisme perjuangan Umno serta dasar kerajaan supaya pemikiran generasi muda tidak mudah dipesong oleh pihak tidak bertanggungjawab.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #Pau2014 : Puteri Umno Kedah Turut Gesa Kerajaan Perkasa Akta Hasutan @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top