FAM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 3,000 anggota bagi mengawal keselamatan perlawanan akhir kedua, Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.
Jumlah itu termasuk anggota yang mengawal lalu lintas namun akan dibantu lebih kurang 300 anggota rela selain petugas keselamatan yang digaji sendiri badan induk itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Osman Salleh mengakui jumlah itu agak rendah namun disifatkan mencukupi bagi menghadapi perlawanan berskala besar seperti itu.
"Kami akan memastikan penugasan kali ini akan lebih efektif. Ia lebih kurang berbanding di Shah Alam di separuh akhir namun ia adalah dua lokasi yang berbeza," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat keselama tan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Bukit Jalil, hari ini.
Dalam pada itu, bagi memastikan tiada barangan terlarang yang tidak dibenarkan memasuki stadium terlepas, pemeriksaan lebih ketat di pintu masuk stadium diambil.
Begitupun, tiada mekanisma 'istimewa' bagi memastikan insiden keganasan seperti yang berlaku di Stadium Shah Alam ketika perlawanan separuh akhir pertama daripada berulang.
"Pemeriksaan ke atas penonton akan dilakukan beberapa lapis, saya tidak mahu sebut berapa lapis apa cara pemeriksaan akan dibuat namun ia akan dibuat sebelum pintu masuk dan selepas pintu masuk.
"Semua penonton akan diperiksa termasuk badan dan beg mereka bagi menghalang barang yang diharamkan untuk dibawa terlepas ke dalam stadium.
"Sekiranya ditangkap, mereka tidak akan dibenarkan memasuki stadium.
"Selain itu, saya juga berjanji sesiapa yang ditangkap akan dibawa ke muka pengadilan dan jadikannya sebagai pengajaran kepada orang lain," katanya.
Dalam pada itu, FAM turut menjamin keselamatan penyokong Thailand yang dianggarkan berjumlah 5,000 orang yang dijangka hadir memberi sokongan kepada pasukan mereka dan ditempatkan di tempat khas di dalam stadium dan menggunakan pintu masuk berbeza
0 comments:
Post a Comment