Pengeluar-pengeluar utama barangan perubatan dari seluruh dunia umpamanya daripada Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan Itali berhasrat untuk menjadikan Bandaraya Sains Perubatan sebagai pusat cawangan di rantau ini. Faktor tarikan kepada pelabur ini adalah wujudnya begitu banyak syarikat kecil dan sederhana dari sektor elektronik di Koridor Utara ini yang akan menjadi pembekal kepada industri teknologi pembuatan.
Bilamana projek-projek utama ini dilaksanakan seperti yang dirancang, ianya bakal merobah lanskap ekonomi negeri. Kek ekonomi yang akan dikongsi pelbagai lapisan rakyat di negeri Kedah akan menjadi lebih besar. Maka sudah tentulah pengagihan yang saksama serta inklusif dapat diusahakan.
Nak agih kek macam mana, nak buat kek tu pun hampa dah cantas habis pusat kajian padi kat pulau tuba. Padi ni buleh ramai makan n hasil banyak kali..ni kek habuan sekali makan sajalaa
ReplyDelete