
Alam Maritim dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata ia menerima LoA tersebut daripada kontraktor utama tempatan yang bereputasi, bagi menyediakan udara tepu untuk penyelaman dalam kerja-kerja membaiki dan penyelenggaraan pesisir pantai.
Kontrak itu berkuatkuasa pada 15 Feb, 2015 dan dijangka selesai menjelang 31 Mac, 2015.
Alam Maritim dalam satu kenyataan berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset ketara bersih syarikat untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2015. - Bernama
0 comments:
Post a Comment