.jpg)
Pasukan liga FAM, Kedah United menjadikan Stadium Mini Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai gelanggang rasmi pasukan ini musim ini.
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah ( PBMK), Dato' Badrol Hisham Hashim, mereka telah mebuat keputusan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai Venue utama pasukan berikutan Stadium itu memiliki prasarana yang lengkap selain dapat mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkenal kepada pasukan-pasukan lain.
Penduduk tempatan juga memberi sambutan yang baik sebelum ini dengan ruang duduk stadium sentiasa penuh walaupun ia melibatkan liga setempat sahaja.
Dengan kehadiran penyokong yang ramai sedikit tidak dapat meningkatkan motivasi kepada Kedah United.
Pasukan ini diharap mampu untuk muncul juara peringkat kumpulan sekaligus layak secara automatik ke saingan Liga Premier 2016 nanti.
Kedah United diundi dalam kumpulan B bersama Harimau Muda C, Melaka United, Air Asia All Star FC, KL MOF FC, MISC-MIFA, JDT iii, PB Ipoh, dan KL Young Fighters FC.
Selamat Berjuang Buat Pasukan Kedah United.
#MMFC #KedahUnited #ThisIsDarulaman
0 comments:
Post a Comment