
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata setakat ini, tiada peruntukan khas daripada kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan mesra OKU.
"Untuk bangunan di negeri ini yang mesra OKU, setakat ini kita tidak ada peruntukan khas tetapi InsyaAllah, saya boleh ambil perkiraan (untuk dimasukkan) dalam bajet akan datang, begitu juga pengangkutan awam mesra OKU," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Lawatan Kasih Mesra Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat, Isteri Bekas Wakil Rakyat dan Wakil Rakyat Wanita Barisan Nasional (BIDARA), Tok Puan Norzieta Zakaria di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Merbok, di sini hari ini.
Tajul Urus yang juga Pengerusi PDK Merbok, turut berharap PDK yang berperanan sebagai pusat pemulihan untuk OKU dapat ditambah baik memandangkan tidak banyak pusat berkenaan yang mempunyai bangunan sendiri.
"Saya berpendapat, dalam hal ini, selain tambahan peruntukan elaun yang diberikan kepada pelatih, kalau kemudahan dari segi bangunan ini ditingkatkan, ini satu sumbangan besar kepada kumpulan OKU khususnya di tempat (daerah) masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment