Latest News

Saturday, 21 March 2015

Institusi Pondok Terus di Perkasa!!



Baru-baru ini, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan Kolej Univsiti Insaniah (KUIN) telah berjaya memeterai perjanjian bersama menubuhkan Pusat Kajian Pondok (PKP) di Kampus KUIN Kuala Ketil yang mana telah mula beroperasi 1 Mac yang lalu..

Perjanjian ini lebih bermakna apabila YAB Perdana Menteri, Najib Razak sudi merasmikan PKP dan menyaksikan sendiri majlis menandatangani MoU KUIN-YPPM. Rujuk artikel majlis perasmian PKP di SINI

Merujuk kepada pembahagian tugas antara dua pihak ini, Dr Mashitah Ibrahim selaku Pengarah PKP telah menerangkan skop tugas dalam satu artikelnya bertajuk Implikasi MoU KUIN - YPPM berkata "KUIN bersetuju menyediakan kepakaran dan kakitangan yang diperlukan untuk program / aktiviti yang dijalankan bersama, kemudahan penyelidikan / kajian seperti perpustakaan, bilik dewan, padang dan peralatan, serta sokongan logistik dan jaringan.

Manakala YPPM pula bersetuju menyediakan kepakaran dan kakitangan, bantuan berbentuk fizikal dan bukan fizikal, serta sokongan logistik dan jaringan.

Penubuhan PKP ini bakal meningkatkan lagi kualiti kajian berkaitan pendidikan pondok. Biarpun perjanjjan ini hanya melibatkan 2 pihak namun ianya tidak mengehadkan kerjasama pihak lain misalannya mengadakan kajian dan penyelidikan bersama.

Menurut Dr Mashitah, selain KUIN, 3 Universiti tempatan lain turut mempunyai minat khusus terhadap kajian pondok iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Eloklah tu, baru sahaja panas enjin sudah banyak Universiti menyuarakan minat tentang PKP ini. Benda baik kita tidak boleh sekat. Jika semua Universiti ada subjek universiti masing-masing siapa sangka suatu hari nanti Pusat Kajian Pondok diwujudkan disemua IPTA tempatan. Mungkin suatu hari nanti pengajian Pondok dimasukkan dalam salah satu 'Content Learning Order' berkredit di semua IPTA.

Akhirnya denyut nadi pengajian pondok akan terus segar dalam landskap yang berbeza.

Insya'allah....

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Institusi Pondok Terus di Perkasa!! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top