Sempena Ramadhan bulan terbaik diantara seribu bulan, Kerajaan Negeri Kedah meraikan bulan mulia ini dengan memberi sumbangan kepada lima golongan yang selama ini telah melaksanakan fardhu kifayah di kalangan masyarakat umat Islam.
Golongan ini jarang didendangkan walaupun banyak jasa yang mereka telah lakukan.
Lima golongan terbabit terdiri daripada Ustaz-Ustazah bebas yang mengajar mengaji Al-Quran secara sukarela, Mudim, Bidan, Juru Mandi Jenazah dan Penggali Kubur di setiap daerah.
Jika tidak ada mereka, walaupun sorang, seluruh kariah akan menanggung dosa, sama jugalah, sebaliknya, walaupun ada sorang, semua diantara kita akan berkongsi pahala.
Atas perikhtirafan tanggung jawab mereka, sumbangan dan pengorbanan mereka. Setiap bulan puasa, kita akan beri bantuan. Bukanlah banyak sangat, namun cukuplah untuk menunjukkan kerajaan negeri terhutang budi, keatas mereka yang melepaskan kita dari menanggung dosa fardu kifayah sebagai salah seorang anggota masyarakat.'
Kata YAB MB Kedah Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa, Masjid Laguna Merbok.
SEMOGA USAHA DATO SRI DI BERKATI ALLAH. MEMANG LAIN DARI YG LAIN. SYABAS DATO SRI.
ReplyDelete