Latest News

Tuesday 28 July 2015

TS Muhyiddin Digugurkan Dari Kabinet



Dalam perkembangan mengejutkan dan menjadi tanda tanya sejak semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan barisan Kabinet baharunya dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.

"Keputusan ganti TPM kerana dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran.

"Untuk pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu," katanya.

Menurut Najib, beliau boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat namun dalam Kabinet katanya, perbezaan pendapat tidak boleh dibuat menerusi forum terbuka.

"Insya-ALLAH, saya yakin senarai baharu ini dapat jayakan segala perancangan kerajaan...," katanya lagi.

Antara kejutan dalam senarai kabinet kali ini adalah Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Selain itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik Timbalan Menteri Luar.

sinar online 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.
    ______________________________________________

    Sebenarnya tindakkan PM RM2.6 Billion adalah untuk memperkuatkan anjing2 dan baruah2nya serta menghalalkan segala salah lakunya.

    ReplyDelete

Item Reviewed: TS Muhyiddin Digugurkan Dari Kabinet Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top