Gambar hiasan
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa berkata kira-kira 40 mangsa itu dibenarkan pulang selepas paras air di kampung itu semakin surut.
Beliau berkata pusat pemindahan itu dibuka 9 malam tadi selepas keluarga terlibat tidak mempunyai tempat tinggal selepas rumah mereka dinaiki air.
"Kita pindah mereka malam tadi selepas paras air tidak berubah dan mereka tidak mempunyai tempat tinggal. Mangsa lain ada yang berpindah ke rumah saudara mara," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya tinjauan pihaknya pada 10.30 pagi tadi mendapati paras air di Sungai Changlun mula surut dan berada pada paras selamat.
Semalam, lebih 1,000 penduduk dari lapan buah kampung di Changlun dilaporkan terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat yang turun sejak dua hari lepas.
Antara kampung terbabit ialah Kampung Paya Nomi, Kampung Belukar, Kampung Rantau, Pekan Changlun, Kampung Sungai Petani, Taman Rasa Sayang, Kampung Bendang Ceruk dan Kampung Padang Pasir yang melibatkan 600 buah rumah.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment