Tahniah Liridon Krasniqi!
Beliau mendapat panggilan untuk mewakili skuad kebangsaan Kosovo dalam perlawanan menentang Guinea Equaduriola Sabtu ini.
Ini merupakan kali ke-3 beliau mewakili negaranya dalam siri perlawanan persahabatan dan sudah pasti dengan prestasi beliau bersama Kedah, jurulatih skuad kebangsaan Kosovo tidak teragak-agak untuk memanggil beliau.
Rakan sepasukan beliau terdiri dari pemain kelab Manchester City, Besart Celina, penjaga gol dari Genoa FC, Samir Ujkani dan juga pemain Bundesliga, kelab Stuttgart, Ari Ferati.
Kerjaya beliau sedikit suram sebelum mewakili Kedah bulan April tahun ini apabila Liridon tidak terikat dengan mana-mana kelab selama 8 bulan akibat pemulihan kecederaan.
Selamat Maju Jaya Liridon!
Kredit Media KFA
0 comments:
Post a Comment