Latest News

Wednesday, 14 October 2015

DS Mukhriz Buat Lawatan Mengejut Ke Kawasan Sering Dilanda Banjir


YAB Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam meninjau lokasi yang menjadi punca banjir kilat di sekitar Bandaraya Alor Setar. 

Beliau tiba jam 2.30 petang dan mendapat penerangan dari Jawatankuasa kampung dan Ketua Bahagian Pokok Sena. 

 Selepas mendengar penerangan mengenai masalah banjir ini, beliau bersama beberapa agensi terlibat menaiki motosikal meninjau lokasi tersebut. 

Dalam masa yang sama beliau bersama agensi seperti JKR, JPS dan lain-lain turut mengambil tindakan jangka pendek membersihkan saluran parit yang tersumbat akibat perangkap sampah yang terlalu penuh.

 Dato Seri Mukhriz juga telah mengarahkan tindakan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang yang melibatkan kos 60 juta ringgit dari Kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah itu. 

Turut sama Datuk Bandar Alor Setar, Dato Noh, Dato Nawawi, KTM, Ketua Bahagian Pokok Sena Sayed Ali.







  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DS Mukhriz Buat Lawatan Mengejut Ke Kawasan Sering Dilanda Banjir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top