Latest News

Friday, 23 October 2015

Jerebu Di Lima Kawasan Di Utara Kekal Sangat Tidak Sihat Setakat 8 Malam



KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Hanya lima kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang kekal berada pada tahap sangat tidak sihat setakat 8 malam ini, berbanding enam kawasan pada 1 tengah hari tadi.

Kualiti udara di Universiti Sains Malaysia (USM) yang mencatat bacaan sangat tidak sihat 238 pada 1 tengah hari, bertambah baik dengan bacaan IPU tidak sihat 198 pada 8 malam.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Alor Setar merekodkan bacaan IPU tertinggi 226, diikuti Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (225); Langkawi (217); Bakar Arang di Sungai Petani (215) dan Kangar, Perlis (201).

Sementara itu, sebanyak 22 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Perai (182); SK Jalan Pegoh, Ipoh (160); Seri Manjung (159); Pelabuhan Klang (152); Kuala Selangor (147); Kampung Air Putih, Taiping (146); Jalan Tasek, Ipoh (142); Sri Aman (130); Shah Alam (128) dan Tanah Merah, Kelantan (121).

Kawasan lain ialah SMK Tanjung Chat, Kota Baharu dan Tanjung Malim (masing-masing 120); Samarahan (118); Kuching dan Balok Baru, Kuantan (masing-masing 115); Kemaman (110); Batu Muda, Kuala Lumpur dan Banting (masing-masing 106); Petaling Jaya (104); Kuala Terengganu, Putrajaya dan Indera Mahkota (masing-masing 102).

Dua puluh dua lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana, antaranya Bukit Rambai (95); Sarikei (94); Tawau dan Jerantut (masing-masing 93); Bandaraya Melaka (91); Cheras dan Nilai (masing-masing 89); Sibu (88); Port Dickson dan Seremban (masing-masing 87); Kapit (85); Bintulu (82) dan Pasir Gudang (78).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jerebu Di Lima Kawasan Di Utara Kekal Sangat Tidak Sihat Setakat 8 Malam Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top