Baginda bertitah lebih tumpuan perlu diberikan kepada anak-anak yatim terutamanya dari aspek kebajikan memandangkan ramai antara mereka yang terabai.
"Menderma demi kebajikan anak-anak yatim digalakkan syariat di samping mendapat pujian Rasullullah SAW," titah baginda sempena majlis penyampaian sumbangan Yayasan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di sini Selasa.
Pada majlis itu, Timbalan Pengerusi yayasan berkenaan Left Jeneral Datuk Seri Zulkifli Kassim menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Tunku Sallehuddin, yang juga Penaung Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim (PPAYBPMDK).
Tunku Sallehuddin kemudian menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengerusi PPAYBMDK Abdullah Ahmad, pada majlis yang sama.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment