Sempena Tahun Melawat Kedah 2016 nanti, Kedah tentunya menjadi lokasi percutian pelancong dengan pelbagai tawaran pelancongan ditawarkan kepada pelancong temptan mahupun luar negara.
Langkawi antara destinasi wajib yang akan dilawati pelancong terutama dari luar negara, bagi memudahkan pelancong ke Langkawi dari Alor Setar mahupun dari Langkawi ke Alor Setar, pihak Kerajaan Negeri menggalakkan syarikat penerbangan untuk mewujudkan perkhidmatan penerbangan dari lokasi tersebut, untuk persediaaan Tahun Melawat Kedah 2016.
Semasa menjawab soalan tambahan Adun BN-Kuah, YB Nor Saidi Nanyan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri , Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata pewujudan laluan itu bagi memudahkan pelancong yang datang melancong di Alor Setar untuk terus ke Langkawi.
"Proses rundingan antara kerajaan negeri dan wakil syarikat penerbangan juga telah dijalankan bagi menambah jenis pengangkutan yang boleh digunakan selain feri dari Kuala Kedah," katanya
Ketika ini laluan penerbangan terdekat untuk ke Langkawi adalah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
0 comments:
Post a Comment