YAB Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir petang semalam telah menyambut Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi lawatan kerja Perdana Menteri ke Langkawi.
Antara yang turut bersama Dato Seri Mukhriz adalah Ahli Parlimen Langkawi, Ketua Pemuda Langkawi serta beberapa lagi wakil dari Kedah.
Sebelum itu Dato Seri Haji Mukhriz telah disambut oleh lebih 500 orang penyokong beliau sewaktu tiba di Lapangan Terbang dan sempat berucap kepada penyokongnya agar bertenang dengan keadaan politik di Kedah.
Kehadiran Perdana Menteri juga bukan bertujuan untuk isu politik Kedah yang mengemparkan seluruh negara sejak beberapa hari lalu. Pagi nanti Perdana Menteri dijangka merasmikan penerbangan baru dari Langkawi ke China.
Walaupun keadaan politik di Kedah agak panas minggu ini, namun sikap profisional mereka dilihat mampu meredakan keadaan semasa.
Penerbangan je ... perlu ke PM yg resmikan
ReplyDelete