Latest News

Monday, 18 January 2016

Kedah Benam KL 3-1 Dalam Aksi Persahabatan


Skuad Lang Merah Kedah berjaya meneruskan aksi cemerlang dengan mencatatkan kemenangan kedua tahun 2016 bagi aksi perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur di Stadium UUM Sintok malam tadi.

Walaupun tidak menurunkan awang import seperti Liridon, Sandro dan Carlos Kahe Kedah tidak menghampakan lebih 1000 penyokong yang hadir apabila meledak gol pertama seawal minit ke 10 melalui Syafiq Ahmad. 

Kuala Lumpur yang turun dengan beberapa pemain import mereka menyamakan kedudukan pada minit ke 15 sebelum Kedah kembali mendahului juga menerusi Syafiq pada minit ke 35.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan petukaran beberapa pemain oleh kedua-dua pasukan dan permainan menarik ditunjukkan mereka. 

Penyerang baru Kedah, Fakri Saarani menunjukan belang beliau apabila rembatan kencang pada minit ke 75 berjaya menghasilkan jaringan menjadikan kedudukan 3-1 sekaligus memenangi perlawanan kedua persahabatan ini.

Kedah akan berkunjung ke Thailand beberapa hari bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa buah kelab disana bermula 23 Januari ini. 




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Benam KL 3-1 Dalam Aksi Persahabatan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top