Latest News

Saturday 9 January 2016

MADA Sedia Pam Bergerak Bantu Pesawah Terjejas Akibat Projek Tebatan Banjir



Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyediakan tujuh pam bergerak bagi memastikan lebih 200 pesawah yang terjejas akibat perlaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dapat meneruskan aktiviti persawahan mereka.

Pengerusinya Datuk Othman Aziz berkata ini kerana seluas 425 hektar sawah padi yang melibatkan semua pesawah itu berada berhampiran dengan kawasan RTB Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit telah terjejas.

"Pelaksanaan projek berkenaan didapati telah mengganggu kelancaran pengairan di kawasan sawah dalam blok pengairan ACLBD4 Lower, 4b, 4c, 4d, 4e dan 4f yang menyebabkan sistem pengairan di kawasan tersebut tertimbus akibat kerja-kerja yang dijalankan.

Padi di kawasan tersebut berada pada peringkat berbunga iaitu umur padi antara 70 hingga 75 hari dan memerlukan bekalan air yang cukup supaya pembentukan padi dapat berlaku dengan sempurna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, antara kampung yang yang terlibat ialah Kampung Suka Menanti, Kampung Sungai Baru, Kampung Hujung Mergong, Kampung Mergong, Kampung Batin, Kampung Hutan Betut, Kampung Kuala Sungai, Kampung Kubang Rotan, Kampung Masjid, Kampung Lempin, Kampung Kelonchor dan Kampung Kubang Pangas.

Othman berkata tujuh pam bergerak itu akan digunakan bagi membantu pesawah mengairi sawah mereka selain menggunakan mesin bagi mengorek halangan laluan air di Kampung Lemping.

"MADA juga telah menggunakan tiga buah jengkaut untuk menyelesaikan masalah di Kampung Kubang Pangas yang mengalami masalah lebih serius bagi membolehkan air mengalir secara terus ke kawasan sawah terbabit.

"Walaupun perlaksanaan projek ini penting bagi mengelakkan banjir berlaku, namun kelestrian industri padi dan pendapatan petani MADA perlu diberi keutamaan.

Oleh itu, anggota MADA akan menjalankan pemantauan berterusan selain berbincang dengan pihak kontraktor bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Menurutnya inisiatif yang dilaksanakan MADA ini adalah bagi menyelamatkan anggaran hasil padi sebanyak 2,125 tan yang bernilai RM3.2 juta kerana MADA sentiasa memandang serius kepentingan pesawah dan hasil padi negara.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MADA Sedia Pam Bergerak Bantu Pesawah Terjejas Akibat Projek Tebatan Banjir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top