Bila Tok Puan Norzieta menulis..
Assalamualaikum wbt
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas semua sms yang memberikan kata-kata dorongan, semangat serta simpati.
Insya Allah, kami berdua akan terus di beri kesabaran, kekuatan dan ketabahan hati untuk menghadapi situasi ini. Allah SWT ada bersama-sama kami.
Walaupun kami diperlakukan begini rupa, saya anggap ini semua dugaan daripada Allah SWT untuk umatnya. Kami tawakkal dan redha dengan segala perancangan yang telah ditentukan olehNya.
Kami sentiasa ingat bahawa apa jua jawatan atau pangkat ini tidak akan dapat kami bawa keakhirat nanti. Yang kekal hanya iman dan segala kebaikan yang dilakukan semasa didunia.
Saya berterima kasih atas doa agar perjalanan politik suami saya berpanjangan lagi. Tapi sebenarnya yang kami sentiasa utamakan ialah apa yg terbaik bagi rakyat di Kedah, bukan kepentingan peribadi.
Apajua kesudahannya, kami doakan Kedah terus aman lagi makmur. Budi baik puan-puan semua akan saya kenang sampai bila2.
Ikhlas,
Norzieta Zakaria
Untuk ikuti Page Tok Puan Norzieta Zakaria. Boleh klik dan LIKE di https://www.facebook.com/TokPuanNorzieta/
0 comments:
Post a Comment