10 Februari 2016
2. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.
3. Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.
4. Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.
5. Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia. Rasuah berlaku amat luar biasa.
6. Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.
7. RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.
8. Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.
9. Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan.
10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.
11. Ada orang parti beritahu saya mereka juga tidak tahu apa hendak buat. Samada hendak pilih BN atau tidak dalam pilihanraya nanti. Mereka kata disebabkan masalah peribadi Najib, BN boleh kalah.
12. Rakyat kena pilih antara parti dan individu. Sebahagian ahli parti berada dalam dilema. Ramai orang kata kepada saya jangan fikir pasal parti lagi Tan Sri. Tetapi fikir pasal negara. Negara sedang menjunam dan mesti diselamatkan.
13. Kita tidak mahu negara kita rosak, hancur, rakyat miskin. Kalau perbuatan pemimpin menyebabkan negara kita rosak, kita mesti buat sesuatu.
14. PM mesti bertanggungjawab. Turun ke bawah. Tanya berapa ramai rakyat yang sokong dia. Balik fikir. Jangan asyik terima saja yang orang lain cakap yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka.
15. Rakyat mesti berani bercakap yang benar. Beritahu PM perkara-perkara tidak betul yang dibuat.
perangai paling buruk seorang Melayu...hang buat aa masa ada kuasa dulu?....Apa yang hang ubah?....yabkamu berjaya ubah air hitam Kluang....jadi kawasannperranian moden konon....siapa pemilik nyer..... gi balik muor.... tanya berapa ramai orang muor yg menyampah kat hang
ReplyDeletetu dia geng cari makan dah jawab...puuuiii
Deletemuhyiddin tak membantu langsung. padahal dia masih lg timb presiden umno. rasuah & currency jatuh bukannya sehari dua. benda ni dh jd masa dia jd TPM lg. sembang kencang je
ReplyDeleteMmg betul apa yg muhyiddin ckp tu..apa salah dia sampai kena pecat..siapa yg otak kat lutut je yg ckp apa yg najib buat betul..saya dah 5× pilihanraya pangkah BN walaupun saya bukan ahli umno..seteruk2 pak lah pun saya masih undi BN..tapi not this time la..dah letih..parlimen puchong akan hilang 1 undi..tapi org BN apa ada kisah..selagi boleh kaut n cekau rembat dulu..mmg celaka n sial pemimpin sekarang!!
ReplyDeleteBetul ke Anon 22.19..
ReplyDeleteLahanat kpd umno utk pru akan dtg!!
Pengundi tak bodoh lagi la..tindak tanduk ketua hang memperbodohkan pengundi dah expired la bro!!