Latest News

Saturday 24 September 2016

Ahli Umno Mula Keluar Parti Sertai PPBM Bersatu


SHAH ALAM - Seramai 15 ahli Umno dari Bahagian Kota Damansara, Sepang, Kapar dan Serdang malam tadi menyerahkan borang pendaftaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Penyerahan borang itu diketuai bekas Ketua Umno Cawangan Semarak, Jefri Saleh.

"Dengan ini saya Jerfri Saleh, Ketua Umno Cawangan Semarak umumkan keluar dari Umno serta merta bersama anak-anak dan isteri saya," katanya selepas menyerahkan borang pendaftaran kepada Mukhriz.

Beberapa pimpinan akar umbi lain yang bersama-sama Jefri ialah Exco Pemuda Umno Kapar, Mahathir Mansor dan AJK Umno Serdang, Zainurin Ariffin.


Sementara, bekas Exco Pemuda Umno Bahagian Sepang yang dipecat parti sebelum ini, Adif Syan Abdullah turut menyerahkan borang pendaftaran.

Difahamkan 'rombongan' dipanggil gelombang fasa satu itu dibawa bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar yang pernah berikrar untuk menarik lebih ramai ahli Umno mengikut jejaknya semasa beliau meninggalkan parti, Ahad lalu.

Sebelum ini, Hamidi dilaporkan berkata beliau bertindak keluar Umno selaras dengan cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mahu beliau keluar daripada parti itu, Mei lalu.

Mohamed Nazri dalam satu laporan mencabar beliau untuk mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu sebagai respons kepada kenyataan Hamidi bahawa pengusiran Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana kepada Umno.

Sumber SH 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ahli Umno Mula Keluar Parti Sertai PPBM Bersatu Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top