Latest News

Friday 16 September 2016

Tun Mahathir mengadap Agong, serah Deklarasi Rakyat


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia'.

Salah seorang orang kanannya, Datuk Khairuddin Abu Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah petang semalam.

"Ia adalah satu pertemuan empat mata antara kedua-duanya. Mahathir tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan mesyuarat itu berlangsung kira-kira satu jam lima belas minit," kata Khairuddin.

Bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu berkata Mahathir membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat Malaysia.

Deklarasi itu merupakan usaha oleh bekas pemimpin Umno, pembangkang dan NGO untuk menggesa pembaharuan institusi dan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri.

Antara lain, deklarasi itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

Najib menafikan dakwaan rasuah terhadapnya, sebaliknya mendakwa ia merupakan komplot untuk menjatuhkannya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku dalam skandal berkenaan.

Mahathir sebelum ini mengadu beliau tidak dibenarkan mengadap Agong untuk menyerahkan deklarasi tersebut.

Sumber yang rapat dengan Mahathir itu berkata mereka dimaklumkan bahawa Agong membenarkan Mahathir mengadap baginda pada hari Rabu.

Katanya, Mahathir tidak mengulas mengenai pertemuan tersebut selepas meninggalkan istana.

Sumber malaysia kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Mukhriz, nasihatkan lah ayah kamu tu... mungkin dia terlupa... senja menjelang dah.. terbenam matahari gelap lah ia.. dekat sangat dah tu.. cukup2 lah bakti yg Tun dah curahkan... sebagai rakyat tiada perkataan yg dapat di ungkapkan.. selain terima kasih sangat2.. berehatlah dan kumpulkan bekalah yg mungkin tertinggal atau terkhilaf semasa memerintah.. perginya dia nanti biarlah dikenang dan dirindui..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Tun Mahathir mengadap Agong, serah Deklarasi Rakyat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top