Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir malam ini hadir di majlis
Sembang Santai bertempat di Rumah Mat Tok Kiang, Kampung Matang Bonglai Besar, Ayer Hitam.
Lebih 200 orang kampung hadir untuk mendengar sendiri isu-isu terkini daripada Dato Seri Mukhriz.
Sebelum majlis sembang santai bermula, Dato Seri Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam, Jerlun turut memberi sumbangan keperluan harian kepada penduduk kampung yang memerlukan.
Dalam majlis ini juga , Dato Seri Mukhriz menerima lebih 120 borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia daripada wakil penduduk kampung Matang Bonglai Besar.
Penduduk kampung ini juga menawarkan mendirikan pondok panas dalam pilihanraya umum ke 14 nanti bagi menumbangkan Barisan Nasional.
0 comments:
Post a Comment