Latest News

Thursday 15 December 2016

Lebih 300 Warga Felda Bukit Tangga Hadir Program PPBM Malam Tadi


Program Sembang Santai PPBM Kedah di Felda Bukit Tangga malam tadi mendapat sambutan lebih 300 penduduk disini. 

Kehadiran Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Yb Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir disambut ratusan penduduk Felda ini untuk mendengar sendiri mengenai isu-isu semasa negara terutama masalah yang melanda Felda kini. 

Turut hadir bercermah adalah Ketua Pembangkang Kedah dari Pas, Yb Dato Amiruddin Hamzah , Ahli Parlimen Pokok Sena Yb Dato Mahfuz Omar dan barisan kepimpinan pendaftar PPBM Kedah. 

Diakhir program, wakil penduduk Felda Bukit Tangga membuat penyerahan borang keahlian PPBM kepada Dato Seri Mukhriz.

Dahulunya kawasan Felda ini menjadi kubu kuat Umno, namun kini penduduk Felda sudah berubah setelah kepimpinan negara terpalit dengan pelbagai isu seperti 1MDB, kos sara hidup meningkat dan masalah di Felda sendiri yang makin kritikal.














  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lebih 300 Warga Felda Bukit Tangga Hadir Program PPBM Malam Tadi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top