ALOR SETAR - Kebelakangan ini pimpinan Bersatu digambarkan seolah-olah bermasalah, namun ia hanya sebahagian provokasi di media bertujuan melaga-lagakan pucuk pimpinan.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu dikesan berlaku sejak dua minggu lalu, namun tidak berjaya memecah-belahkan kesatuan dalam Bersatu.
“Terlalu banyak fitnah disebar terutama menerusi media sosial untuk melaga-lagakan kepimpinan Bersatu.
"Saya akui Bersatu diserang bertubi-tubi, terutama oleh cyber trooper BN malah terdapat propaganda kerajaan supaya rakyat menolak berita pembangkang di media sosial,” katanya.
Sejak Bersatu ditubuhkan September lalu, pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap pimpinan parti itu, antaranya, perbalahan kalangan pemimpinan.
0 comments:
Post a Comment